Announcement
📍PROSES KES KEHILANGAN PARCEL
Bagi kes kehilangan parcel, termasuk parcel yang tidak dapat dikesan dalam sistem atau parcel yang berstatus “Delivered” tetapi masih belum dituntut oleh pemilik asal, pihak MiKU Point akan menjalankan proses semakan dan pencarian terlebih dahulu.
Pihak kami memerlukan tempoh sehingga tujuh (7) hari bekerja untuk menjalankan proses pencarian dan pengesahan berkaitan aduan yang dilaporkan. Oleh itu, pelajar diminta untuk menunggu sehingga tempoh tersebut tamat sebelum sebarang tindakan lanjut dapat diambil.
Sekiranya parcel masih tidak berjaya ditemui selepas tamat tempoh tujuh (7) hari bekerja, pihak MiKU Point akan membuat pemulangan wang berdasarkan jumlah nilai parcel yang
tertera pada “Order Summary” sahaja.
Pemulangan wang tersebut adalah terhad kepada nilai parcel yang dinyatakan dan tidak melibatkan sebarang bentuk pampasan, ganti rugi, faedah, manfaat tambahan atau tuntutan lain.