Info & Announcements

Latest notices from MiKU Parcel.

Back to Home

Notices

Runner Telegram Bot

MiKU Point kini menyediakan Telegram Bot untuk memudahkan pelajar membuat request runner bagi menghantar parcel. https://t.me/MikuRunnerBot ⚠️ PERHATIAN: • Bot masih dalam fasa beta testing. • Jumlah runner masih terhad kerana servis ini belum dibuka sepenuhnya. • Tempoh menunggu request diterima adalah tertakluk kepada availability runner pada waktu tersebut.

06 Oct 2026

Langkah-Langkah Pengambilan Parcel

1. Layari laman web dan masukkan no. tracking parcel anda. 2. Tunjukkan kod label parcel kepada staf di kaunter. 3. Jika parcel masih belum muncul dalam sistem, sila tunggu sehingga pihak MiKU Point memaklumkan bahawa proses key-in telah selesai melalui channel Telegram sebelum datang untuk mengambil parcel. 4. Bagi order Shopee dengan kaedah penghantaran “Same Day Delivery” & “Instant Delivery”, sila masukkan Order ID Shopee, bukan no. tracking. 5. Jika terdapat sebarang isu berkaitan parcel, sila terus ke kaunter atau hubungi kami melalui WhatsApp untuk semakan lanjut. PENTING: MiKU Point tidak akan meminta no. tracking untuk semakan di kaunter. Sila berikan kod label bagi mempercepat proses pengambilan parcel.

20 Sep 2026

Cas Lewat Pengambilan (Late Charge Collection)

Cas Lewat Pengambilan akan dikenakan bagi parcel yang tidak diambil dalam tempoh yang ditetapkan. Kadar Cas: • RM2.00 akan dikenakan selepas 3 hari parcel dikey-in ke dalam sistem. • Jika parcel masih belum diambil, tambahan RM2.00 akan dikenakan bagi setiap 3 hari berikutnya sehingga parcel diambil. • Tiada had maksimum cas — selagi parcel belum diambil, cas akan terus berjalan. Cas lewat ini dilaksanakan bagi memastikan parcel diambil dengan segera. Jika parcel tidak diambil dalam tempoh yang ditetapkan, kapasiti penyimpanan premis akan mencapai had maksimum dan boleh menyebabkan proses key-in parcel baru terganggu atau tertangguh. Cas ini bertujuan memastikan ruang penyimpanan sentiasa tersedia supaya parcel yang baru sampai dapat diproses dengan lebih cepat.

20 Sep 2026

Larangan Mengambil Parcel Sebelum Scan

Parcel hanya boleh diambil selepas selesai diimbas (scan) dan direkodkan secara rasmi dalam sistem MiKU Point. ❌ Dilarang mengambil, menyentuh atau meminta parcel yang masih dalam proses penerimaan atau masih di tangan kurier. ❌ MiKU Point tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan parcel yang diambil sebelum proses scan selesai. Refund hanya akan dipertimbangkan sekiranya parcel didapati hilang selepas ia telah diimbas dan direkodkan secara rasmi dalam sistem.

20 Sep 2026

Notis Pemulangan (Return) Parcel

Bagi memastikan proses pemulangan berjalan lancar, anda DIWAJIBKAN untuk mematuhi garis panduan berikut: Pihak MiKU Point: ❌ Tidak menyediakan perkhidmatan mencetak return label. ❌ Tidak menyediakan plastik parcel atau plastik pembungkusan untuk pemulangan. ✅ Berhak menolak parcel return yang tidak mempunyai label lengkap dan jelas. Pelajar perlu: 1. Muat turun, cetak dan tampal return label dengan jelas pada parcel sebelum hadir ke kaunter. 2. Semasa membuat permohonan return dalam aplikasi, pilih “Pickup”, bukan “Drop Off”. 3. Gunakan semula plastik asal parcel atau bungkusan lain yang sesuai dan kemas. 4. Ambil gambar parcel selepas diletakkan di ruang MiKU Point sebagai bukti penyerahan dan rujukan sekiranya berlaku sebarang isu berbangkit pada masa hadapan.

20 Sep 2026

Notis Perkhidmatan Postage

❌ Tiada penghantaran ke alamat P.O. Box. ❌ MiKU Point tidak menyediakan sampul surat (envelope). • Penghantaran ke kawasan FELDA tertentu tertakluk kepada aksesibiliti lokasi. • Surat akan dikategorikan sebagai parcel biasa dan dikenakan kadar minimum yang sama. Kadar Harga Penghantaran: -Semenanjung Malaysia • 1KG pertama: RM9.90 • Setiap 1KG seterusnya: +RM2.00 -Sabah & Sarawak • 1KG pertama: RM23.90 • Setiap 1KG seterusnya: +RM6.00 • Kadar tertakluk kepada berat sebenar dan lokasi penghantaran. Prosedur Penghantaran: 1. Isi maklumat pengirim dan penerima dengan lengkap dan tepat. 2. Ambil gambar parcel di kaunter selepas diserahkan sebagai bukti. 3. Dapatkan jumlah kos penghantaran daripada pihak MiKU Point dan kongsi bukti pembayaran. 4. Salinan digital PDF AWB (Airway Bill) akan dihantar melalui WhatsApp/Telegram selepas pembayaran disahkan.

20 Sep 2026

Notis Parcel COD & DFOD

Caj perkhidmatan RM1.00 akan dikenakan sekiranya parcel COD/DFOD diambil pada hari yang sama ia sampai. Jika parcel tidak diambil pada hari ia sampai, no. tracking perlu disubmit di laman web dan caj seterusnya akan mengikut kadar biasa berdasarkan saiz parcel. MiKU Point hanya bertanggungjawab terhadap parcel COD/DFOD yang telah diimbas (scan) dan direkodkan sebagai barang masuk dalam sistem.

20 Sep 2026

Polisi Kes Kehilangan Parcel

Bagi kes kehilangan parcel, termasuk parcel yang tidak dapat dikesan dalam sistem atau berstatus “Delivered” tetapi belum dituntut, pihak MiKU Point akan menjalankan semakan dan pencarian terlebih dahulu. Proses Semakan: • Tempoh sehingga 7 hari bekerja diperlukan untuk proses pencarian dan pengesahan. • Pelajar diminta menunggu sehingga tempoh tersebut tamat sebelum tindakan lanjut diambil. • Jika parcel masih tidak ditemui selepas 7 hari bekerja, pemulangan wang akan dibuat berdasarkan nilai parcel yang tertera dalam “Order Summary” sahaja. • Pemulangan wang tidak meliputi sebarang pampasan, ganti rugi, faedah, manfaat tambahan atau tuntutan lain. Pihak MiKU Point berhak menjalankan semakan dan pencarian sepanjang tempoh tersebut bagi memastikan setiap aduan diteliti dengan sewajarnya.

20 Sep 2026